KEAHLIAN
Semua staf Nuklear Malaysia yang berjawatan tetap dan staf kontrak/sementara adalah ahli Perpustakaan yang diberi kemudahan pinjaman dan rujukan. Bagi penyelidik luar negara dan pelajar dari pusat pengajian tinggi yang membuat latihan industri diberi kemudahan pinjaman atas nama penyelia projek.
Kategori | Jumlah Pinjaman (Naskhah) | Tempoh Pinjaman |
Staf Tetap | 10 | 1 Bulan |
Staf Kontrak/Sementara
| 5 | 1 Bulan |
Penyelidik Luar (Atas nama penyelia projek) | 10 | 1 bulan |
Bagi pengguna luar yang ingin merujuk ke perpustakaan, surat permohonan perlu dikemukakan kepada Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat dan Pengurusan Maklumat / Pustakawan. Pengguna hanya boleh merujuk sahaja dan tidak dibenarkan membuat pinjaman.