KOLEKSI
Koleksi perpustakaan kini berjumlah lebih dari 20,000 naskah yang meliputi,
buku, jurnal / majalah, laporan, tesis dan bahan‐bahan multimedia.
 
Koleksi Umum
Koleksi ini merangkumi bahan dari pelbagai bidang sains dan teknologi khususnya teknologi nuklear dan teknologi berkaitan.
  
Koleksi Rujukan
Koleksi ini menempatkan bahan‐bahan rujukan seperti atlas, ensaiklopedia, kamus, istilah, buku panduan, bibliografi, indeks dan abstrak serta akta‐akta.
  
Koleksi Jurnal/Majalah
Terdiri dari tajuk jurnal/majalah yang dilanggan/hadiah dalam bidang teknologi nuklear khususnya.
 
Koleksi Tesis/Laporan
Mengandungi tesis, kertas kerja, dan laporan yang diterbitkan dalam dan luar negara.
 
Koleksi Keratan Akhbar
Kompilasi berita mengenai Agensi Nuklear Malaysia dalam bidang sains dan teknologi nuklear.
 
Koleksi Multimedia
Koleksi ini merangkumi bahan seperti foto, video dan cakera padat.  
 
Koleksi Terbitan IAEA
  
Perpustakaan mempunyai koleksi khas dari International Atomic Energy Agency
(IAEA) yang mempunyai maklumat mengenai perkembangan dan kemajuan
semasa teknologi nuklear. Koleksi ini terdiri dari:
 

> Technical Reports Series (TRS)

Penerbitan ini mengandungi maklumat teknikal mengenai teknologi
nuklear seperti manual, teori dan prosidur.
 
> Safety Series (SS)
Ia mengandungi maklumat teknikal berkaitan bidang teknologi nuklear
khususnya yang berkaitan dengan aspek keselamatan.
  
> Bibliographical Series (BS)
Merupakan bibliografi perkara atau senarai bahan rujukan bagi sesuatu
perkara yang berkaitan dengan teknologi nuklear.
  
> Proceeding/Panel Proceeding Series (PR)
Penerbitan yang mengandungi maklumat mengenai kertas‐kertas kerja
yang dibentangkan di seminar, mesyuarat dan bengkel yang dianjurkan
oleh IAEA yang berkaitan dengan perkembangan semasa teknologi.