PERATURAN PERPUSTAKAAN

1. Semua kakitangan Agensi Nuklear Malaysia sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai Ahli Perpustakaan dan dibolehkan meminjam dan merujuk bahan perpustakaan.

2. Perpustakaan dibuka juga kepada pengguna luar untuk rujukan dengan mengemukakan surat permohonan kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat / Pustakawan.

3. Semua pengguna yang berada dalam Perpustakaan dikehendaki mempamerkan / menunjukkan buku, fail dan lain lain barang yang dibawa masuk / keluar apabila diminta oleh pegawai bertugas.

4. Perpustakaan berhak meminta pengguna yang dianggap mengganggu ketenteraman pengguna lain atau didapati makan, minum, merokok, mengotor atau tidur di dalam perpustakaan supaya keluar dari Perpustakaan.

5. Pengguna yang didapati menanda, menconteng dan memusnahkan bahan dan harta kepunyaan Perpustakaan akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

6. Semua telefon bimbit mesti ditutup atau dipasangkan kepada mod senyap ketika berada di dalam Perpustakaan.

7. Semua bahan yang hendak dipinjam atau dipulangkan hendaklah melalui proses pinjaman dan pemulangan di Kaunter Perpustakaan.

8. Jika ada sebarang kehilangan, pengguna hendaklah membayar balik harga semasa bahan perpustakaan tersebut atau membuat penggantian.

9. Perpustakaan berhak memanggil balik bahan bahan yang telah dipinjam pada bila-bila masa atas kepentingan perkhidmatan walaupun tempoh pinjaman belum berakhir.

10. Pengguna Perpustakaan dikehendaki membuat salinan fotokopi sendiri ke atas bahan perpustakaan yang perlu dibuat salinan, dan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas salinan fotokopi ini.

11. Pengguna tidak dibenarkan melayari internet atas tugas bukan rasmi / persendirian dengan menggunakan komputer di Perpustakaan.

12. Semua pengguna Perpustakaan yang menamatkan perkhidmatan, dan yang bertukar ke Jabatan / Kementerian / Agensi lain hendaklah memulangkan semua bahan perpustakaan yang dipinjam sebelum tarikh pertukaran / tamat perkhidmatan mereka berkuatkuasa.

13. Perpustakaan berhak meminda Peraturan Perpustakaan dari semasa ke semasa apabila perlu.