PERKHIDMATAN
 
PINJAMAN
Perkhidmatan ini disediakan khusus kepada kakitangan Nuklear Malaysia sahaja. Ahli dibenarkan meminjam 10 bahan untuk tempoh sebulan. Pembaharuan hanya dibenarkan sekali sahaja melalui telefon atau datang sendiri ke perpustakaan.
 
RUJUKAN
Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu pengguna menggunakan perpustakaan secara lebihberkesan, mengatasi masalah mendapatkan maklumat/bahan yang diperlukan, memberi tunjuk ajar menggunakan katalog dan buku‐buku rujukan serta menjawab segala pertanyaan. Penyelidik dari luar dan pelajar‐pelajar dari pusat pengajian tinggi dibenarkan membuat rujukan dan pinjaman dengan kebenaran penyelia projek penyelidikan di Nuklear Malaysia.
 
PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN (SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN)
Perkhidmatan ini membantu pengguna mendapatkan bahan rujukan yang tiada di dalam perpustakaan Nuklear Malaysia di mana urusan pinjaman dibuat oleh perpustakaan atau membuka perkhidmatan pinjamannya kepada pengguna dari perpustakaan lain yang memerlukan bahan dari koleksi Perpustakaan Nuklear Malaysia.  
 
PINJAMAN KELOMPOK
Aktiviti ini dijalankan dengan kerjasama  Perpustakaan Negara Malaysia, di mana Perpustakaan Nuklear Malaysia meminjam bahan‐bahan dari Perpustakaan Negara selama tempoh 3 bulan dan menawarkan perkhidmatan pinjaman ini kepada kakitangan Nuklear Malaysia.
 
PANGKALAN DATA ATAS TALIAN
 
Web OPAC 2.0 NUKLEAR MALAYSIA
WEB OPAC membolehkan pengguna mengesan maklumat lengkap bahan perpustakaan.  
 
PERKHIDMATAN SALINAN FOTO
Perpustakaan menyediakan perkhidmatan salinan foto yang tertakluk kepada Akta Hak Cipta 1987. Perkhidmatan ini adalah percuma kepada pengguna perpustakaan untuk urusan rasmi.